Saturday 16 July 2016

Warga asing boleh belajar 
di sekolah kerajaan

loading...

SABAK BERNAM 14 Julai – Kementerian Pendidikan membuka semula permohonan kepada warga asing yang menyertai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) untuk mendaftarkan anak mereka mema­suki sekolah kerajaan setelah dihentikan pada tahun lalu.
Chong Sin Woon
Timbalan Menteri­nya, Senator Chong Sin Woon berkata, permohonan itu dibuka semula tahun ini setelah mendapat pandangan daripada penasihat undang-undang.
‘‘Namun, kelu­lusan hanya diberikan sekiranya terdapat kekosongan di sekolah yang dimohon dan membayar yuran yang ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada anak warganegara Malaysia,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meras­mikan dewan terbuka dan gelanggang bola keranjang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lum Hwa di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh; Ketua MCA Bahagian, Datuk George Kee Ah Kaw dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor, Shashim Shah Harun.
Sin Woon memberi­tahu, setakat ini, sebanyak 35 permohonan diterima daripada peserta MM2H untuk anak mereka memasuki sekolah kerajaan (sekolah rendah).
Beliau berkata, majoriti peserta MM2H masih memilih sekolah antarabangsa dan sekolah swasta untuk anak mereka, namun ada juga dalam kalangan mereka yang mahu memasukkan anak masing-masing ke sekolah kerajaan.
“Bukan hanya kualiti yang mereka lihat tetapi juga pergaulan pelbagai kaum yang begitu mesra menarik minat mereka,” ujarnya.
Sin Woon memberitahu, sebelum ini, ramai peserta MM2H datang dalam kalangan pesara dari China, Jepun, Britain dan Korea tetapi trend tersebut mula berubah sejak kebelakangan ini.
‘‘Semakin banyak keluarga muda dari negara luar memilih untuk menetap di Malaysia dan mereka mahukan anak-anak mereka menerima sistem pendidikan tempatan,’’ katanya.


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.