Wednesday, 13 July 2016

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk Murid

loading...

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk Murid 


Setelah sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR . Saya terpanggil untuk menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukkan murid-murid bila berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.

Pertamanya kita harus mengesan tanda-tanda panik atau tekanan yang berlaku. Tanda-tanda tekanan yang sering berlaku kepada calon UPSR adalah seperti berikut:
  • ·         bimbang… perubahan tingkahlaku
  • ·        rungsing….tiada selera atau terlalu berselera makan
  • ·         tidak boleh tidur atau semakin kuat tidur
  • ·         murung, sensitif, marah, sedih dan resah gelisah

Bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa tekanan ini….
  • 1.     Semestinya kita sebagai umat islam harus memperbanyakkan bacaan al-Quran dan sembahyang sunat selain sembahyang lima waktu.

  • 2.    Murid-murid boleh mengira dangan perlahan atau mengira dalam hati. kira (bilang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga murid-murid berasa tenang.

  • 3.    Semasa berada di rumah atau sebelum turun ke dewan peperiksaan murid-murid boleh menyiram pokok bunga dengan mengunakan getah paip. Hujung getah paip diletakkan dimuka hadapan ibu jari dan pancurkan air tersebut kerana di sekitar muka depan ibu jari ada urat-urat yang boleh menenangkan jiwa seseorang.

  • 4.    Ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Buat bulatan diatas kertas tersebut dengan mengunakan pen sehingga murid-murid berasa tenang.

Diharapkan dengan sedikit tips itu dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.