Monday 31 October 2016

DSKP KSSR SEMAKAN TERBARU (2017)

Tags

DSKP KSSR SEMAKAN TERBARU (2017)




link dibawah merupakan DSKP tahun 1 semakan terbaru (2017)

DSKP KSSR TAHUN 1 (SK/SJKT/SJKC)
(KLIK SKIP AD UNTUK DOWNLOAD)

BAHASA KADAZANDUSUN

BAHASA IBAN

BAHASA TAMIL

BAHASA ARAB

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PJPK

PENDIDIKAN KESENIAN

SAINS

BAHASA CINA

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

MATEMATIK






Saturday 29 October 2016

Kajian mansuh UPSR hampir siap

PADANG TERAP 27 Okt. – Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan cadangan untuk menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan pentaksiran ber­asaskan sekolah (PBS) kini sudah memasuki peringkat akhir.
MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyifatkan sudah sampai masanya untuk ujian yang berorentasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid.
“Sebenarnya, zaman ini bukan lagi nak tengok keputusan pepe­riksaan semata-mata tetapi melihat pencapaian sebenar murid tersebut. Kalau pada masa ini, 100 peratus pencapaian murid berpaksikan peperiksaan mungkin kita boleh ubah.
“Melalui PBS yang bakal dilaksanakan nanti, mungkin hanya 50 peratus sahaja markah berdasarkan kepada peperiksaan manakala markah selebihnya dinilai pihak sekolah menerusi kehadiran, tingkah laku, disiplin, penyertaaan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan murid tersebut.
“Bagaimanapun, saya kena berjumpa dahulu de­ngan semua pihak berkepentingan seper­ti guru, ibu bapa dan persatuan sebelum keputusan (pemansuhan) dibuat. Kalau semua bersetuju, baharu kerajaan akan memutuskan kaedah lain untuk menilai pencapaian murid tahun enam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang yang bernilai RM3.2 juta di sini hari ini.
Menurut Mahdzir, pihaknya tidak menolak berkemungkinan model yang diguna pakai dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan turut diaplikasi dalam pentaksiran untuk murid tahun enam.
“Pihak kementerian sedang membuat kajian untuk mencari resolusi terbaik dan mungkin model PT3 akan diguna pakai. Untuk membolehkan murid tersebut memasuki sekolah asrama penuh, mungkin peperiksaan one off akan diperkenalkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mahdzir berpendapat, UPSR berorentasikan peperiksaan itu perlu diubah berikutan kebanyakan guru dan ibu bapa hanya menumpukan kepada keputusan semata-mata hingga menyebabkan murid berasa tertekan.
“Demi mengejar keputusan 5A atau 6A, siang malam ibu bapa menghantar anak-anak mereka pergi kelas tambahan. Guru pula, mahukan murid-murid mereka mendapatkan keputusan cemerlang kerana peperiksaan itu menjadi instrumen menilai pencapaian sekolah.
“Psikomotor atau perkembang­an kanak boleh terganggu kerana mereka berasa tertekan kerana guru, ibu bapa yang mendesak mereka mendapatkan 5A atau 6A. Secara peribadi, saya memang mahu memansuhkan UPSR ini tahun depan,” ujarnya

434,535 calon bakal duduki SPM

434,535 calon bakal duduki SPM 




PUTRAJAYA 28 Okt. - Seramai 434,535 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, seramai 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Seramai 377,194 orang atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 9,094 orang (2.1 peratus).
"Calon sekolah menengah agama negeri 7,931 (1.8 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 12,847 (3.0 peratus); calon persendirian 25,713 (5.0 peratus) dan calon sekolah menengah agama rakyat 1,756 (0.3 peratus)," jelas kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa SPM berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://lynk.my/94hf

Contributors

Powered by Blogger.