Wednesday 20 July 2016

Hormati pendidik setiap masa

loading...

Hormati pendidik setiap masa


DEWASA ini, ramai kalangan pelajar tidak begitu menghormati dan menghargai golongan pendidik. Hal itu berlaku kerana pelajar hanya mengejar markah dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tanpa memikirkan tentang keberkatan ilmu diperoleh daripada pendidik atau guru.
Sedangkan untuk mendapat ilmu berkat, seseorang itu harus menjaga adab terhadap guru. Dalam Islam, guru diangkat martabatnya dan perkara itu dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Ummah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah, para malaikat serta penduduk langit dan bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat (memohon keampunan dan kebaikan) ke atas pendidik manusia kepada kebaikan”.
Selain itu, Allah SWT juga telah meletakkan kayu ukur paling penting bagi seorang guru sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kami telah mengutus kepadamu Rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as sunnah) serta mengajarkan kepada kami apa yang belum kamu ketahui.” - surah al Baqarah ayat 151.
Dalam konteks ini, guru adalah ejen terpenting untuk mendidik generasi muda menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Guru juga ialah penggerak pembangunan pendidikan negara yang sentiasa dipandang mulia oleh semua.


Wan nur fatihah wan abdullah
USIM


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.