Ibu bapa berebut kerusi untuk anak ke sekolah
Tujuan mereka hanya satu iaitu mencari kerusi untuk anak masing-masing yang akan memulakan sesi persekolahan keesokan harinya.Peristiwa berebut kerusi dalam kelas itu berlaku di sekolah dasar negeri (SDN) Kedungringin 3, Beji di Pasuruan.
Kebanyakan ibu bapa dikatakan mahu mendapatkan kerusi paling depan untuk anak-anak mereka. Justeru, sebaik sahaja mempunyai kerusi, sebahagian daripada mereka akan meletakkan beg bersama foto buah hati masing-masing yang akan bersekolah di situ.Beberapa ibu bapa juga dilihat membawa pen dan kadbod untuk menulis nama anak mereka sebelum melekatkannya di kerusi yang dipilih.
Menurut penduduk setempat, adegan berebut kerusi sempena hari pertama sesi persekolahan itu seperti menjadi tradisi dalam kalangan penduduk setempat.Bagi seorang penduduk, Nu Aini Akadiyah, dia sengaja berebut kerusi pada waktu malam kerana mahu anaknya duduk di bahagian depan.“Kalau duduk di depan nanti anak saya jelas bila guru menerangkan mata pelajaran,” katanya. Pendapat Nu Aini turut dipersetujui Hendri Sulviana yang menyifatkan perkara tersebut bukan sesuatu yang aneh kerana ia telah menjadi tradisi penduduk di situ sejak turun-temurun.– SINDONEWS
EmoticonEmoticon