Tuesday 26 July 2016

Guru perlu kawal emosi tangani isu displin pelajar

loading...

Guru perlu kawal emosi tangani isu displin pelajar




KOTA BHARU 26 Julai - Semua guru perlu bijak mengawal emosi dalam menangani isu displin dan salah laku membabitkan pelajar di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, guru menggalas tugas berat kerana bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan malah bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar.

“Bukan semua orang boleh jadi guru, bila kita dipanggil guru, kita menggalas tanggungjawab besar. Dalam mendidik pelajar, kawalan emosi amat penting.
“Di sekolah anak-anak ada banyak ragam, ada yang baik, ada yang nakal malah ada yang terlalu nakal. Bila kita ambil tindakan disiplin ke atas mereka, sila maklumkan juga kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) bersama guru besar dan pengetua sekolah seluruh negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong, di sini hari ini
Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab. Aziz Abdullah.

Kamalanathan mengulas mengenai kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Tanah Merah yang mengalami kekejangan saraf selepas ditampar ustazahnya, Selasa lalu.

Pelajar terbabit dituduh mencukur kening, namun menafikannya menyebabkan ustazah berkenaan hilang sabar lalu bertindak menamparnya.
Kamalanathan dalam pada itu berkata, pihak kementerian menganggap kes tersebut selesai selepas kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bertemu dalam suasana muhibah, kelmarin.


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.