Friday, 15 July 2016

7 Cara Untuk Guru Stabilkan Emosi Ketika Marah

loading...

7 Cara Untuk Guru Stabilkan Emosi Ketika Marah

Guru juga manusia yang mempunyai emosi. Kadang-kadang ada emosi yang positif dan juga negatif. Cuma bagaimanakah kita menangani emosi yang tidak seimbang dan akan mempengaruhi keadaaan sekeliling khususnya murid-murid kita?
  • Introspeksi diri.
    • Apabila anda marah, carilah sebabnya. Pada dasarnya, emosi tidak disebabkan oleh peristiwa atau rangsangan (stimulus), tetapi lebih kepada sikap dan tanggapan anda pada peristiwa itu.
  •  Duduk.
    • Duduk, apabila anda sedang  berdiri. Ini kerana dalam keadaan duduk, emosi menjadi sedikit menurun. Ruang bagi anda bergerak secara fizikal juga menjadi terbatas
  • Minum air kosong atau air putih.
    • Air dapat menyejukkan keadaan tubuh yang sedang panas (marah). ketegangan atau tekanan kemarahan pasti beransur-ansur turun dan reda apabila anda meminum air kosong.
  • Sedar akibat buruk daripada emosi yang tidak dapat dikawal.
    • Emosi atau kemarahan yang membabi buta pasti membawa akibat buruk bagi diri sendiri dan juga bagi orang lain.
  • Lakukan kerja-kerja fizikal yang bermanfaat.
    • Salurkan emosi itu dengan membuat kerja-kerja seperti bersukan, mencuci lantai, membasuh pinggan mangkuk, ataupun lain-lain aktiviti yang bermanfaat.
  • Luahkan kekesalan, kegusaran, atau kemarahan dalam bentuk tulisan.
    • Apabila menulis sebab-sebab timbulnya emosi ini, anda pasti nampak perkara-perkara yang mempengaruhi dan menimbulkan emosi itu.
  • Marahlah secara wajar dan terkawal.
    • Sebagai satu saluran atau cara demi mengungkap tekanan atau beban emosi yang terkumpul.
Apabila anda dapat mengendalikan dan mengawal emosi dengan baik,anda pasti mampu memahami diri sendiri. Akhirnya, anda dapat mengarahkan  dan mengaktualisasikandiri dalam bentuk kegiatan atau tingkah laku sehari-hari yang baik. Emosi anda juga pasti menjadi stabil. Jadilah Guru yang Disayangi Lagi Menyayangi . Begitulah maksudnya!
Sumber  : OS


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.