Friday, 25 November 2016

CARA MUDAH MEMBUAT JIGSAW PUZZLE MENGGUNAKAN MS OFFICE WORD

Tags

CARA MUDAH MEMBUAT JIGSAW PUZZLE MENGGUNAKAN MS OFFICE WORD



IKUT LANGKAH DALAM VIDEO DIBAWAH






















Thursday, 17 November 2016

SIMULASI JADUAL SK (32 MINGGU) & (40 MINGGU) FORMAT 2017

Tags

SIMULASI JADUAL SK (32 MINGGU) & (40 MINGGU) FORMAT 2017





MUAT TURUN




(KLIK LINK DIATAS DAN KLIK SKIP ADS UTK DOWNLOAD)












Monday, 31 October 2016

DSKP KSSR SEMAKAN TERBARU (2017)

Tags

DSKP KSSR SEMAKAN TERBARU (2017)




link dibawah merupakan DSKP tahun 1 semakan terbaru (2017)

DSKP KSSR TAHUN 1 (SK/SJKT/SJKC)
(KLIK SKIP AD UNTUK DOWNLOAD)

BAHASA KADAZANDUSUN

BAHASA IBAN

BAHASA TAMIL

BAHASA ARAB

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PJPK

PENDIDIKAN KESENIAN

SAINS

BAHASA CINA

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

MATEMATIK






Saturday, 29 October 2016

Kajian mansuh UPSR hampir siap

PADANG TERAP 27 Okt. – Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan cadangan untuk menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan pentaksiran ber­asaskan sekolah (PBS) kini sudah memasuki peringkat akhir.
MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyifatkan sudah sampai masanya untuk ujian yang berorentasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid.
“Sebenarnya, zaman ini bukan lagi nak tengok keputusan pepe­riksaan semata-mata tetapi melihat pencapaian sebenar murid tersebut. Kalau pada masa ini, 100 peratus pencapaian murid berpaksikan peperiksaan mungkin kita boleh ubah.
“Melalui PBS yang bakal dilaksanakan nanti, mungkin hanya 50 peratus sahaja markah berdasarkan kepada peperiksaan manakala markah selebihnya dinilai pihak sekolah menerusi kehadiran, tingkah laku, disiplin, penyertaaan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan murid tersebut.
“Bagaimanapun, saya kena berjumpa dahulu de­ngan semua pihak berkepentingan seper­ti guru, ibu bapa dan persatuan sebelum keputusan (pemansuhan) dibuat. Kalau semua bersetuju, baharu kerajaan akan memutuskan kaedah lain untuk menilai pencapaian murid tahun enam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang yang bernilai RM3.2 juta di sini hari ini.
Menurut Mahdzir, pihaknya tidak menolak berkemungkinan model yang diguna pakai dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan turut diaplikasi dalam pentaksiran untuk murid tahun enam.
“Pihak kementerian sedang membuat kajian untuk mencari resolusi terbaik dan mungkin model PT3 akan diguna pakai. Untuk membolehkan murid tersebut memasuki sekolah asrama penuh, mungkin peperiksaan one off akan diperkenalkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mahdzir berpendapat, UPSR berorentasikan peperiksaan itu perlu diubah berikutan kebanyakan guru dan ibu bapa hanya menumpukan kepada keputusan semata-mata hingga menyebabkan murid berasa tertekan.
“Demi mengejar keputusan 5A atau 6A, siang malam ibu bapa menghantar anak-anak mereka pergi kelas tambahan. Guru pula, mahukan murid-murid mereka mendapatkan keputusan cemerlang kerana peperiksaan itu menjadi instrumen menilai pencapaian sekolah.
“Psikomotor atau perkembang­an kanak boleh terganggu kerana mereka berasa tertekan kerana guru, ibu bapa yang mendesak mereka mendapatkan 5A atau 6A. Secara peribadi, saya memang mahu memansuhkan UPSR ini tahun depan,” ujarnya

434,535 calon bakal duduki SPM

434,535 calon bakal duduki SPM 




PUTRAJAYA 28 Okt. - Seramai 434,535 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, seramai 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Seramai 377,194 orang atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 9,094 orang (2.1 peratus).
"Calon sekolah menengah agama negeri 7,931 (1.8 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 12,847 (3.0 peratus); calon persendirian 25,713 (5.0 peratus) dan calon sekolah menengah agama rakyat 1,756 (0.3 peratus)," jelas kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa SPM berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://lynk.my/94hf

Tuesday, 26 July 2016

Guru perlu kawal emosi tangani isu displin pelajar

Guru perlu kawal emosi tangani isu displin pelajar




KOTA BHARU 26 Julai - Semua guru perlu bijak mengawal emosi dalam menangani isu displin dan salah laku membabitkan pelajar di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, guru menggalas tugas berat kerana bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan malah bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar.

“Bukan semua orang boleh jadi guru, bila kita dipanggil guru, kita menggalas tanggungjawab besar. Dalam mendidik pelajar, kawalan emosi amat penting.
“Di sekolah anak-anak ada banyak ragam, ada yang baik, ada yang nakal malah ada yang terlalu nakal. Bila kita ambil tindakan disiplin ke atas mereka, sila maklumkan juga kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) bersama guru besar dan pengetua sekolah seluruh negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong, di sini hari ini
Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab. Aziz Abdullah.

Kamalanathan mengulas mengenai kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Tanah Merah yang mengalami kekejangan saraf selepas ditampar ustazahnya, Selasa lalu.

Pelajar terbabit dituduh mencukur kening, namun menafikannya menyebabkan ustazah berkenaan hilang sabar lalu bertindak menamparnya.
Kamalanathan dalam pada itu berkata, pihak kementerian menganggap kes tersebut selesai selepas kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bertemu dalam suasana muhibah, kelmarin.

Saturday, 23 July 2016

Ibu bapa berebut kerusi untuk anak ke sekolah

Ibu bapa berebut kerusi untuk anak ke sekolah




PASURUAN, Jawa Timur, Apabila anak masing-masing mula memasuki sekolah, pastinya orang tua mereka adalah orang yang paling gembira.Perkara ini tidak terkecuali bagi murid kelas satu di Pasuruan apabila berpuluh-puluh ibu bapa sanggup mengorbankan malam minggu untuk hadir ke sekolah.

Tujuan mereka hanya satu iaitu mencari kerusi untuk anak masing-masing yang akan memulakan sesi persekolahan keesokan harinya.Peristiwa berebut kerusi dalam kelas itu berlaku di sekolah dasar negeri (SDN) Kedungringin 3, Beji di Pasuruan.

Kebanyakan ibu bapa dikatakan mahu mendapatkan kerusi paling depan untuk anak-anak mereka. Justeru, sebaik sahaja mempunyai kerusi, sebahagian daripada mereka akan meletakkan beg bersama foto buah hati masing-masing yang akan bersekolah di situ.Beberapa ibu bapa juga dilihat membawa pen dan kadbod untuk menulis nama anak mereka sebelum melekatkannya di kerusi yang dipilih.

Menurut penduduk setempat, adegan berebut kerusi sempena hari pertama sesi persekolahan itu seperti menjadi tradisi dalam kalangan penduduk setempat.Bagi seorang penduduk, Nu Aini Akadiyah, dia sengaja berebut kerusi pada waktu malam kerana mahu anaknya duduk di bahagian depan.“Kalau duduk di depan nanti anak saya jelas bila guru menerangkan mata pelajaran,” katanya. Pendapat Nu Aini turut dipersetujui Hendri Sulviana yang menyifatkan perkara tersebut bukan sesuatu yang aneh kerana ia telah menjadi tradisi penduduk di situ sejak turun-temurun.– SINDONEWS

Friday, 22 July 2016

Malaysia timbang hantar guru BM ke Sri Lanka Selanjutnya

Malaysia timbang hantar guru BM ke Sri Lanka





COLOMBO: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penghantaran guru pakar Bahasa Melayu ke Sri Lanka.  Timbalan Perdana Menteri, berkata perkara itu dikemukakan oleh perwakilan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Sri Lanka dalam satu pertemuan bersama beliau, hari ini.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 70,000 umat Islam dan Melayu dari Malaysia yang menetap di Sri Lanka sejak tiga abad lalu.  "Dalam pertemuan itu, mereka ada memohon jasa baik Malaysia supaya dapat menghantar guru (Bahasa Melayu) bagi membolehkan pembelajaran bahasa berkenaan dapat dihidupkan semula di Sri Lanka. "Saya melihat cadangan berkenaan juga secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan hubungan sesama umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, hari ini.  Ahmad Zahid yang tiba di Sri Lanka awal pagi semalam, mengakhiri lawatan kerja selama dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur petang ini.  Katanya, beliau juga akan membincangkan perkara itu bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengajaran bahasa Melayu.  "Ini juga membolehkan pihak berkenaan bersama-sama bantu mengembangkan lagi pengajaran bahasa Melayu di Sri Lanka," katanya

BANK SOALAN : SOALAN PERCUBAAN BM (SPM)

Tags

BANK SOALAN

SOALAN PERCUBAAN SPM



  1. SBP  –   BM 1  ,   BM 2  ,  SKEMA BM 1  ,   SKEMA BM 2
  2. KELANTAN  –  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA BM1 DAN BM2
  3. KEDAH  –  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA BM1  ,  SKEMA BM2
  4. PULAU PINANG  –  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA BM1  ,  SKEMA BM2
  5. SELANGOR – SMK SHAHBANDARAYA KLANG  –  BM 2 DAN SKEMA  
  6. MRSM  –  BM 1  ,  BM 2 ,  SKEMA BM 1  ,  SKEMA BM 2
  7. PERLIS – BM 2  ,  SKEMA BM 2  
  8. NEGERI SEMBILAN  –  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA BM 2  
  9. TERENGGANU  –  BM 2 DAN SKEMA
  10. Yayasan Islam Kelantan (YIK)   –   BM 1  ,  BM 2  ,  Skema BM 1 dan BM 2
  11. PERAK (SMK Sg Manik)   –  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA BM 1  ,  SKEMA BM 2
  12. PAHANG  –  soalan yang diterima tidak lengkap  ,  SKEMA BM 1  ,  SKEMA BM 2

Caj tadika tinggi: Kementerian Pendidikan bertindak ikut aduan

Caj tadika tinggi: Kementerian Pendidikan bertindak ikut aduan 




PUTRAJAYA 20 Julai – Ibu bapa diminta membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan sekiranya dikenakan bayaran yang keterlaluan oleh pengusaha tadika swasta di negara ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, aduan tersebut akan mem­bo­lehkan kementerian mengawasi dan mengambil tindakan terhadap tadika terbabit.
Beliau berkata, pengusaha tidak boleh sewenang-wenang­nya menaikkan atau mengenakan kadar bayaran yang tinggi kepada ibu bapa kerana mereka tertakluk kepada kaedah-kaedah tertentu.

“Antara kaedah penentuan kadar bayaran tadika swasta ialah perlu mengambil kira lokasi, jumlah pelajar dan juga sistem pengajaran yang digunakan serta tenaga pengajar.
“Dalam hal ini sebenarnya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri untuk mengambil keputusan menghantar anak mereka ke tadika swasta atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran ECCE sempena Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Pasifik 2016 (APFEC 2016) di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Pengarah Serantau Pejabat Rantau Asia Timur dan Pasifik Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Wivina Belmonte; Pengarah Pendidikan Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Dr. Gwang Jo Kim dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.
Laporan Khas Utusan Malaysia pada 17 Julai lalu mendedahkan kadar caj tadika swasta sangat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit setahun oleh operator tadika swasta di negara ini.

Kadar tersebut meliputi yuran pendaftaran, yuran bulanan, buku dan uniform bergantung kepada pakej yang dipilih.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pelaksanaan aplikasi Pepatih MySekolah, Kamala­nathan berkata, pengenalan aplikasi baharu itu di beberapa sekolah merupakan projek rintis untuk menguji keberkesanannya.
“Pelaksanaan aplikasi baharu ini perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa, melalui kaedah ini mereka boleh memantau kehadiran anak-anak ke sekolah secara terperinci.
“Pelaksanaan secara menyeluruh aplikasi ini tertakluk kepada projek rintis dan setakat ini keberkesanan pelaksanaannya sedang diteliti,” katanya.
Sistem yang pertama seumpamanya di Malaysia itu kini sudah diaplikasikan di empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda di Sentul, SMK Dato’ Ibrahim Yaacob di Jalan Ipoh, SMK Sungai Besi serta SMK Selandar di Melaka.

Thursday, 21 July 2016

MODUL PEMBELAJARAN CEMERLANG SAINS | FORMAT 2016 |L YAYASAN PAHANG

Tags

MODUL PEMBELAJARAN CEMERLANG SAINS | FORMAT 2016 | YAYASAN PAHANG









Wednesday, 20 July 2016

Hormati pendidik setiap masa

Hormati pendidik setiap masa


DEWASA ini, ramai kalangan pelajar tidak begitu menghormati dan menghargai golongan pendidik. Hal itu berlaku kerana pelajar hanya mengejar markah dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tanpa memikirkan tentang keberkatan ilmu diperoleh daripada pendidik atau guru.
Sedangkan untuk mendapat ilmu berkat, seseorang itu harus menjaga adab terhadap guru. Dalam Islam, guru diangkat martabatnya dan perkara itu dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Ummah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah, para malaikat serta penduduk langit dan bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat (memohon keampunan dan kebaikan) ke atas pendidik manusia kepada kebaikan”.
Selain itu, Allah SWT juga telah meletakkan kayu ukur paling penting bagi seorang guru sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kami telah mengutus kepadamu Rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as sunnah) serta mengajarkan kepada kami apa yang belum kamu ketahui.” - surah al Baqarah ayat 151.
Dalam konteks ini, guru adalah ejen terpenting untuk mendidik generasi muda menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Guru juga ialah penggerak pembangunan pendidikan negara yang sentiasa dipandang mulia oleh semua.


Wan nur fatihah wan abdullah
USIM

Monday, 18 July 2016

BRAINSTORMING TECHNIQUE FOR UPSR ENGLISH WRITING

Tags

BRAINSTORMING TECHNIQUE FOR UPSR ENGLISH WRITING

[klik skip ad untuk memuat turun]

Teknik Penulisan BM

Tags

Teknik Penulisan BM 




[klik skip ad untuk memuat turun]




Sunday, 17 July 2016

Seminar Bimbingan PT3 bantu lonjak kecemerlangan

Seminar Bimbingan PT3 bantu lonjak kecemerlangan

Saiful Baheran Abdul Manaf (depan, enam dari kiri), Johari Ismail (depan, lima dari kiri) dan Norani Mat Ludin ( depan, tujuh dari kiri) bersama pelajar yang mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaan PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang, semalam. Utusan/abdul rashid abdul rahman 

BENTONG 17 Julai – Penganjuran Seminar Bimbingan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) oleh Utusan Malaysia dan Berkat Minda Resources bertepatan dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan menyeluruh di daerah ini.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Saiful Baheran Abdul Manaf berkata, program tajaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang julung kali diadakan di daerah ini amat signi­fikan dalam membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan pendidikan daerah, khususnya dalam usaha meningkatkan pres­tasi peperiksaan PT3.
Katanya, pemilihan pelajar berpotensi termasuk dalam kalangan yang kurang berkemampuan amat signifikan dalam memastikan kecemerlangan pen­didikan yang menyeluruh.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji yang menaja program ini dan Utusan Malaysia serta Berkat Minda Resources atas inisiatif amat bermakna ini.
“Usaha ini merupakan satu kerjasama dan sinergi yang baik bagi meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar khususnya dalam menghadapi peperiksaan PT3 tidak lama lagi,” katanya selepas merasmikan seminar tersebut di Dewan Keris Mas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Pengarah Tabung Haji negeri, Johari Ismail; Pengurus Tabung Haji daerah, Azrisham Mahmad; Pengetua SMK Bentong, Norani Mat Ludin; Pengurus Projek Berkat Minda Resources, Mahmood Mat Ali dan Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Temerloh, Abdul Latib Busu.
Program sehari itu melibatkan penyertaan 250 pelajar dari empat sekolah iaitu SMK Bentong, SMK Sulaiman, SMK Ketari dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong.
Menurut Saiful Baheran, se­minar berkenaan juga untuk memberi pendedahan mendalam tentang teknik pembe­lajaran untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi.
Katanya, penglibatan pakar dalam mata pelajaran tertentu itu pastinya dapat memberikan panduan dan tip berguna kepada pelajar.
Dalam pada itu, Johari berkata, program berkenaan merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tabung Haji kepada masyarakat di negara ini.
Katanya, menerusi program itu, pihaknya berharap dapat memberi bantuan kepada calon-calon PT3 berpotensi, khusus­nya yang kurang berkemam­puan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
“Saya berharap pelajar terlibat dapat memanfaatkan seminar ini. Selepas ini kita akan mengadakan pula seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kuantan dan Seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Muadzam Shah,” katanya.
Sementara itu, Norani berkata, program yang melibatkan penceramah luar bertepatan dengan keperluan pelajar yang telah diberikan pelbagai input di sekolah.
“Sememangnya pelajar memerlukan perubahan termasuk penceramah dari luar bagi memberikan semangat dan pelbagai pendedahan selepas mereka belajar di sekolah.
“Setakat ini maklum balas daripada pelajar amat baik dengan memberi tumpuan kepada seminar dan kami guru di sini berharap ia memberi impak besar kepada pelajar terlibat,” ujarnya

MH17: Malaysia terus berusaha dapatkan keadilan -

MH17: Malaysia terus berusaha dapatkan keadilan -


KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan akan terus melakukan segala usaha bagi mendapatkan keadilan sepenuhnya dan penjelasan memuaskan mengenai perkara berkaitan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine, dua tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia terus memperjuangkan keadilan tentang perkara itu melalui saluran undang-undang antarabangsa.
"Dua tahun lepas, MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Ini suatu perbuatan jenayah yang menimbulkan kemarahan dunia dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya maut.
"Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berkenaan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa. Doa dan harapan kami mengiringi mereka dalam melalui hari-hari yang amat menyedihkan itu," kata Najib dalam catatan melalui akaun Facebook dan Twitter beliau hari ini.
Pesawat jenis Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, Malaysia berharap akan menerima rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai Penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine, menjelang akhir tahun ini, termasuk jenis senjata yang digunakan dan maklumat penting lain secara terperinci.
Pesawat malang itu ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan dilanda ketegangan di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara Buk di ruang udara timur Ukraine.
Laporan itu dikeluarkan selepas pasukan penyiasat bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia menjalankan siasatan selama 15 bulan. - BERNAMA

Saturday, 16 July 2016

Warga asing boleh belajar 
di sekolah kerajaan

SABAK BERNAM 14 Julai – Kementerian Pendidikan membuka semula permohonan kepada warga asing yang menyertai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) untuk mendaftarkan anak mereka mema­suki sekolah kerajaan setelah dihentikan pada tahun lalu.
Chong Sin Woon
Timbalan Menteri­nya, Senator Chong Sin Woon berkata, permohonan itu dibuka semula tahun ini setelah mendapat pandangan daripada penasihat undang-undang.
‘‘Namun, kelu­lusan hanya diberikan sekiranya terdapat kekosongan di sekolah yang dimohon dan membayar yuran yang ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada anak warganegara Malaysia,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meras­mikan dewan terbuka dan gelanggang bola keranjang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lum Hwa di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh; Ketua MCA Bahagian, Datuk George Kee Ah Kaw dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor, Shashim Shah Harun.
Sin Woon memberi­tahu, setakat ini, sebanyak 35 permohonan diterima daripada peserta MM2H untuk anak mereka memasuki sekolah kerajaan (sekolah rendah).
Beliau berkata, majoriti peserta MM2H masih memilih sekolah antarabangsa dan sekolah swasta untuk anak mereka, namun ada juga dalam kalangan mereka yang mahu memasukkan anak masing-masing ke sekolah kerajaan.
“Bukan hanya kualiti yang mereka lihat tetapi juga pergaulan pelbagai kaum yang begitu mesra menarik minat mereka,” ujarnya.
Sin Woon memberitahu, sebelum ini, ramai peserta MM2H datang dalam kalangan pesara dari China, Jepun, Britain dan Korea tetapi trend tersebut mula berubah sejak kebelakangan ini.
‘‘Semakin banyak keluarga muda dari negara luar memilih untuk menetap di Malaysia dan mereka mahukan anak-anak mereka menerima sistem pendidikan tempatan,’’ katanya.

Friday, 15 July 2016

7 Cara Untuk Guru Stabilkan Emosi Ketika Marah

7 Cara Untuk Guru Stabilkan Emosi Ketika Marah

Guru juga manusia yang mempunyai emosi. Kadang-kadang ada emosi yang positif dan juga negatif. Cuma bagaimanakah kita menangani emosi yang tidak seimbang dan akan mempengaruhi keadaaan sekeliling khususnya murid-murid kita?
  • Introspeksi diri.
    • Apabila anda marah, carilah sebabnya. Pada dasarnya, emosi tidak disebabkan oleh peristiwa atau rangsangan (stimulus), tetapi lebih kepada sikap dan tanggapan anda pada peristiwa itu.
  •  Duduk.
    • Duduk, apabila anda sedang  berdiri. Ini kerana dalam keadaan duduk, emosi menjadi sedikit menurun. Ruang bagi anda bergerak secara fizikal juga menjadi terbatas
  • Minum air kosong atau air putih.
    • Air dapat menyejukkan keadaan tubuh yang sedang panas (marah). ketegangan atau tekanan kemarahan pasti beransur-ansur turun dan reda apabila anda meminum air kosong.
  • Sedar akibat buruk daripada emosi yang tidak dapat dikawal.
    • Emosi atau kemarahan yang membabi buta pasti membawa akibat buruk bagi diri sendiri dan juga bagi orang lain.
  • Lakukan kerja-kerja fizikal yang bermanfaat.
    • Salurkan emosi itu dengan membuat kerja-kerja seperti bersukan, mencuci lantai, membasuh pinggan mangkuk, ataupun lain-lain aktiviti yang bermanfaat.
  • Luahkan kekesalan, kegusaran, atau kemarahan dalam bentuk tulisan.
    • Apabila menulis sebab-sebab timbulnya emosi ini, anda pasti nampak perkara-perkara yang mempengaruhi dan menimbulkan emosi itu.
  • Marahlah secara wajar dan terkawal.
    • Sebagai satu saluran atau cara demi mengungkap tekanan atau beban emosi yang terkumpul.
Apabila anda dapat mengendalikan dan mengawal emosi dengan baik,anda pasti mampu memahami diri sendiri. Akhirnya, anda dapat mengarahkan  dan mengaktualisasikandiri dalam bentuk kegiatan atau tingkah laku sehari-hari yang baik. Emosi anda juga pasti menjadi stabil. Jadilah Guru yang Disayangi Lagi Menyayangi . Begitulah maksudnya!
Sumber  : OS

Modul KBAT Matematik SPM + jawapan

Modul KBAT Matematik SPM + jawapan



[klik skip ad untuk memuat turun]

KAEDAH PENGIRAAN BIL. PATAH PERKATAAN...!

KAEDAH PENGIRAAN BIL. PATAH PERKATAAN...!



Thursday, 14 July 2016

Koleksi Latihan Karangan Untuk Murid Galus / Lemah

Koleksi Latihan Karangan Untuk Murid Galus / Lemah


Murid di sekolah terbahagi kepada beberapa kategori, ada yang murid pintar, sederhana, lemah, galus dan sebagainya. Namun itu semua adalah cabaran bagi guru dalam mengajar dan mendidik murid. Setiap murid tidak sama penerimaan isi kandungannya, oleh itu kaedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipelbagaikan.




[klik skip ad untuk memuat turun]

Pekeliling Keselamatan Pelajar Semasa PdP Pendidikan Jasmani

Pekeliling Keselamatan Pelajar Semasa PdP Pendidikan Jasmani

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1995:
KESELAMATAN DIRI PELAJAR SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
 



Wednesday, 13 July 2016

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk Murid

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk Murid 


Setelah sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR . Saya terpanggil untuk menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukkan murid-murid bila berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.

Pertamanya kita harus mengesan tanda-tanda panik atau tekanan yang berlaku. Tanda-tanda tekanan yang sering berlaku kepada calon UPSR adalah seperti berikut:
  • ·         bimbang… perubahan tingkahlaku
  • ·        rungsing….tiada selera atau terlalu berselera makan
  • ·         tidak boleh tidur atau semakin kuat tidur
  • ·         murung, sensitif, marah, sedih dan resah gelisah

Bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa tekanan ini….
  • 1.     Semestinya kita sebagai umat islam harus memperbanyakkan bacaan al-Quran dan sembahyang sunat selain sembahyang lima waktu.

  • 2.    Murid-murid boleh mengira dangan perlahan atau mengira dalam hati. kira (bilang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga murid-murid berasa tenang.

  • 3.    Semasa berada di rumah atau sebelum turun ke dewan peperiksaan murid-murid boleh menyiram pokok bunga dengan mengunakan getah paip. Hujung getah paip diletakkan dimuka hadapan ibu jari dan pancurkan air tersebut kerana di sekitar muka depan ibu jari ada urat-urat yang boleh menenangkan jiwa seseorang.

  • 4.    Ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Buat bulatan diatas kertas tersebut dengan mengunakan pen sehingga murid-murid berasa tenang.

Diharapkan dengan sedikit tips itu dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid

Contributors

Powered by Blogger.