Monday 20 June 2016

Empat Unsur Baru Pada Jadual Berkala Kini Diberikan Nama

loading...

Empat Unsur Baru Pada Jadual Berkala Kini Diberikan Nama




Pada awal tahun ini, kita telah mendengar mengenai jadual berkala yang telah pun lengkap dengan pengesahan penemuan empat unsur baru dibawahnya. Kini, selepas beberapa bulan, nama cadangan untuknya telah pun diterbitkan sebelum ia disahkan oleh semua komuniti sains seluruh dunia.
Nama cadangan yang diberikan untuk unsur atau elemen 113, 115, 117 dan 118 adalah masing-masing nihoniummoscoviumtennessine dan juga oganesson. Beberapa perkara telah diambil kira dalam menamakan elemen berkenaan.
Untuk elemen 113 yang dinamakan Nihonium, ia akan menggunakan simbol Nh. Ia dinamakan bersempena dengan nama Jepun, dimana menjadi rujukan negara yang menemui elemen berkenaan.
Disamping elemen 113, elemen 115 dan juga 117 juga turut dinamakan berdasarkan kepada lokasi mereka. Elemen 115 dinamakan moscovium (Mc) – berdasarkan kepada lokasi pusat kajian di Russia yang menemuinya, dan tennessine (Ts) pula dinamakan bersempena dengan sebuah lokasi di Amerika Syarikat yang melakukan pelbagai kajian berkaitan dengan penemuan elemen.
Untuk elemen 118 pula ia dinamakan sebagai oganesson (Og) bersempena dengan nama saintis Russia yang mengetuai penemuan elemen berkenaan, iaitu Yuri Oganessian.
Buat masa ini, penamaan ini masih dikategorikan sebagai cadangan. Untuk tempoh lima bulan seterusnya badan berkaitan akan menerima maklumbalas daripada badan sains seluruh dunia supaya ia menepati penggunaan dalam pelbagai bahasa berbeza sebelum ia disahkan untuk penggunaan rasmi sepenuhnya.


EmoticonEmoticon

Contributors

Powered by Blogger.