Tuesday, 28 March 2017

PEMBANTU GURU BANTU RINGANKAN BEBAN GURU


PEMBANTU GURU BANTU RINGANKAN BEBAN GURU



KUALA TERENGGANU 26 Mac -Kementerian Pendidikan belum dapat memperluaskan perkhidmatan pembantu guru dalam usaha mengurangkan bebanan warga pendidik dalam urusan pentadbiran.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kekangan kewangan masih menjadi penghalang bagi menempatkan mereka di sekolah seluruh negara kerana melibatkan kos yang begitu tinggi.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di sini hari ini, beliau berkata, namun pihak kementerian berusaha mencari langkah alternatif dalam mengurangkan keluhan guru.
Soal beban tugas guru terutamanya yang berkait dengan pentadbiran masih menjadi keresahan kerana mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Terdahulu semasa berdialog, beliau mengakui pengisian segala data dalam talian yang perlu dilakukan oleh guru dibuat tanpa persediaan yang secukupnya dari segi pencapaian internet sehingga setiap urusan mengambil masa yang panjang dan menganggu tumpuan.
“Sewaktu diperkenalkan sebenarnya, kita masih belum bersedia dari segi capaian internet. Ini perlu diberi perhatian selain mengkaji semula apa yang benar-benar perlu diisi dan dihantar,” ujar beliau.-UTUSAN ONLINE

KAMUS PERIBAHASA BERGAMBAR

Tags

KAMUS PERIBAHASA BERGAMBAR




KPM BERI GURU SURAT TUNJUK SEBAB

KPM BERI GURU SURAT TUNJUK SEBAB




KUALA LUMPUR 27 Mac - Lima guru sekolah telah diberi notis tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidikan kerana didakwa menaiki pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab notis tersebut dan sekiranya kementerian tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, mereka akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib sebagai langkah akhir sebelum sebarang tindakan lebih keras diambil.
“Siang jadi guru, malam dia naik pentas.
“Sebenarnya ini negara demokrasi. Memang kita tak ada masalah. Tapi masalahnya dia adalah penjawat awam dan tertakluk kepada perintah am. Janganlah sampai menjadi terlalu ekstrim, kenalah beradab sikit,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 Peratus di sini hari ini.
Mahdzir menjelaskan, hasil pemantauan juga mendapati beberapa guru berkenaan juga mempunyai jawatan dalam parti pembangkang. - UTUSAN ONLINE


Monday, 20 March 2017

CATs kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris

CATs kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris


PUTRAJAYA 20 Mac - Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Cambridge (CATs) pada pertengahan tahun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai permulaaan kaedah itu dilaksanakan melibatkan kira-kira 40 sekolah rendah dan menengah di luar bandar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
“Menerusi kaedah itu, CATs berupaya melatih para murid dan pelajar menerusi pendedahan terbaharu khususnya pembelajaran secara dalam talian.
“Langkah ini merupakan antara satu strategi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Thursday, 16 March 2017

Format Tapak HeadCount SPM terbaru !!!!

Format Tapak HeadCount SPM terbaru !!!!




Format Tapak HeadCount UPSR terbaru !!!!

Format Tapak HeadCount UPSR terbaru !!!!





Monday, 13 March 2017

Jawatan Kosong Sektor Pendidikan Tahun 2017

JAWATAN KOSONG PENDIDIKAN

Jawatan Kosong Sektor Pendidikan Tahun 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong dalam Sektor Pendidikan sebagaimana berikut:

1. Guru Tadika - RM1,000 - RM1,200 -  Mohon jawatan ini..
2. Guru Tadika - RM1,000 - RM1,200 - Mohon jawatan ini..
3. Guru Tadika - RM1,500+++ Mohon jawatan ini..
4. Guru Tadika - RM1,200 - RM1,400 Mohon jawatan ini..
5. Guru Tadika - RM1,000 - RM1,500 Mohon jawatan ini..
6. Guru Prasekolah - RM1,500 - RM2,300 - Mohon jawatan ini..
7. Guru Prasekolah - RM1,500 - RM2,400 - Mohon jawatan ini..
8. Guru Matematik - RM1,000 - RM1,500 - Mohon jawatan ini..
9. Guru Tuisyen Sains - RM200 - RM300 - Mohon jawatan ini..
10. Guru Tuisyen Sains & Matematik - RM720 - RM900 - Mohon jawatan ini..
11. Guru Sains & Matematik - RM50 - RM60 Sejam - Mohon jawatan ini..
12. Guru Pendidikan Islam & Al-Quran - RM1,200 - RM1,500 - Mohon jawatan ini..
13. Guru / Ustazah / Ustaz - RM1,400 - RM2,500 - Mohon jawatan ini..

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem  di pautan diatas. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : PELBAGAI NEGERI
Tarikh Tutup : 25 MAC - `11 APRIL 2017

Sunday, 12 March 2017

ULASAN UPSR 2016

ULASAN UPSR 2016




Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Tags

Thursday, 2 March 2017

PENTING!!!! GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG








TERKINI!!!!!!KOLEKSI GARIS PANDUAN KPM 2017

KOLEKSI GARIS PANDUAN KPM 2017 











DOWNLOAD HERE

Modul Bimbingan PROBIM MATEMATIK

Modul Bimbingan PROBIM MATEMATIK






BUKU PANDUAN SEGAK

Tags

BUKU PANDUAN SEGAK






Contributors

Powered by Blogger.